Pihak kami mengucapkan tahniah dan selamat kembali ke sekolah setelah bercuti lebih kurang dua minggu kepada semua murid.Selamat datang juga kepada murid tahun 1 dan prasekolah.Ingatlah kata-kata ini.
"Kami datang dengan harapan dan
kami pulang dengan kejayaan"
Senarai semak murid :
1-Bangun awal dan solat Subuh.
2-Berpakaian kemas.
3-Sarapan atau mengambil sedikit makanan sebagai sumber tenaga untuk belajar.
4-Datang awal ke sekolah.
5-Memberi ucapan selamat kepada guru dan rakan setibanya di sekolah.
6-Isi masa dengan membaca sementara menunggu loceng berbunyi.
7-Fokus di dalam kelas.
8-Menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah yang diberi.
9-Sentiasa mengikut peraturan sekolah.
10-Sentiasa menghormati guru.
11-Tunjukkan kepada ibu bapa kerja-kerja rumah dan juga surat-surat makluman.
12-Sentiasa berfikiran positif dan yakin.
13-Tanamkan dalam diri bahawa anda adalah anak yang cemerlang.
Itulah serba sedikit senarai yang kami rasakan penting.Ibu bapa dan guru boleh menambah baik keperluan-keperluan ini.
Selamat Kembali ke Sekolah!
No comments:
Post a Comment