Pada 16 Ogos 2015, Majlis Temu Murni telah diadakan bagi murid tahun 6. Pendaftaran ibu bapa telah bermula seawal jam 11.30 pagi. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan seperti tahun - tahun sebelumnya.
Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk mengagihkan jadual kelas tambahan dan memberi penerangan berkenaan dengan program UPSR yang akan diadakan sepanjang tahun 2015. Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara guru dan ibubapa,penjaga tahun 6. Program ini diharap dapat meningkatkan potensi murid dan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dan sekolah. Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab diantara guru dan para ibubapa, penjaga.
No comments:
Post a Comment