2 Jun 2010 - Program Cakna UPSR murid tahun 6 telah diadakan di dewan SK Seri Budiman. Objektif utama ialah mewujudkan satu kefahaman kepada Ibubapa tahun 6 tentang potensi anak mereka bagi mendapatkan 5A dalam UPSR. Program ini adalah kelolaan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan Guru UPSR Tahun 6. Antara aktiviti program adalah :-
- Sesi penerangan oleh Tuan Guru Besar, En Abdullah Bin Hj Md Ali tentang keperluan tindakan ibubapa dalam memastikan proses cakna pembelajaran turut berlaku di rumah.
- Taklimat Program UPSR bagi setengah tahun sesi kedua telah disampaikan oleh Tn Hj Khairi, selaku penyelaras Projek UPSR
- Sesi Perbincangan dengan setiap guru kelas bersama ibubapa.
No comments:
Post a Comment