PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK SERI BUDIMAN
OBJEKTIF PIBG SK SERI BUDIMAN
- Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
- Untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
- Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
- Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam Sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
- Untuk membolehkan ibu bapa dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
FUNGSI PIBG SK SERI BUDIMAN
- Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
- Menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;
- Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
- Meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.
KEANGGOTAAN PIBG SK SERI BUDIMAN
- Semua guru di Sekolah;
- Ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah ; dan
- Warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendafatar; mengikut mana yang berkenaan (seperti di Lampiran A); dan
- Guru besar menjadi anggota ex officio dan Penasihat Persatuan.
GAMBAR AKTIVITI PIBG SK SERI BUDIMAN
Mesyuarat Agong PIBG 2010
Makan Malam Meraikan Persaraan Mantan Tuan Zanariah - GPK1 SKSB di Park Inn Hotel
No comments:
Post a Comment