Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Wednesday, March 1, 2017

Pendaftaran Prasekolah 2018


Permohonan Kemasukan Murid Ke Prasekolah Tahun 2018
Kementerian Pendidikan Malaysia
1. Syarat kemasukan


a. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
b. Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada 1 Januari tahun persekolahan semasa (bagi kohort 3+ kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari juga dibenarkan untuk memohon).
c. Pemilihan murid adalah berdasarkan merit.
d. Bagi murid prasekolah pendidikan khas :
i. Mestilah disertakan dengan Borang Pengesahan daripadap engamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau bukan kerajaan.
ii. Surat penempatan oleh JPN/PPW/PPD.
2. Kaedah permohonan
a. Secara dalam talian
i. Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawanghttps://eprasekolah.moe.gov.my/
ii. Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April 2017.
iii. Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2017.
iv. Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang (https://eprasekolah.moe.gov.my/) sebagai panduan.
b. Secara manual
i. Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2017.
ii. Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
iii. Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon.
iv. Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...