Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Sunday, December 25, 2016

MAKLUMAN PENTING KEMASUKAN TINGKATAN SATU KE SEKOLAH KAWALAN TAHUN 2017 BAGI AMBILAN PERTAMA

PERINGATAN TERAKHIR : MAKLUMAN PENTING KEMASUKAN TINGKATAN SATU KE SEKOLAH KAWALAN TAHUN 2017 BAGI AMBILAN PERTAMA
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Adalah dimaklumkan bahawa Tarikh Tutup Semakan Pengesahan Penerimaan Tawaran dan Cetak Surat Tawaran/Dokumen adalah pada 26 Disember 2016 dan dilanjutkan sehingga jam 12.00 Tengah malam.
Untuk makluman TAMBAHAN dan PENTING , Sistem SEMAKT1 telah dikemaskini dengan membuat penambaikan dari segi pengurusan supaya lebih efisien dengan menambahbaik dan menambah elemen yang baru seperti berikut :-
1. Tarikh kemaskini pada 22/12/2016 jam 1330 - Menyimpan Rekod Pengesahan Tawaran sama ada menerima atau menolak dan juga boleh mengenalpasti calon yang BELUM membuat pengesahan. Implikasi yang berlaku, semakan yang dibuat sebelum pada tarikh dan masa kemaskini ini, status TERIMA tidak direkodkan. Untuk makluman, rekod terawal yang simpan ialah pada 22/12/2016 13:49 (Sekolah/Kelas Premier), 22/12/2016 14:10 (Sekolah ELIT) dan 22/12/2016 14:01(SMKA).
2. Tarikh kemaskini pada 24/12/2016 jam 1630 - Penambahbaikan dibuat dengan semua calon yang MENERIMA tawaran sebelum ini, boleh membuat semakan pengesahan kerana sistem akan mengeluarkan MESEJ status pengesahan TERIMA seperti gambar di bawah. Calon juga masih diberi peluang untuk MENOLAK tawaran jika pernah MENERIMA tawaran sebelum ini.
Sehubungan dengan itu, jabatan ingin memohon maaf dan memohon kerjasama daripada semua calon dan penjaga yang telah MENERIMA dan mencetak surat dan dokumen tawaran sebelum ini untuk membuat SEMAKAN SEMULA sama ada telah MENERIMA atau BELUM sebelum tarikh tutup ini. Sila ambil tindakan seperti berikut :-
Langkah 1 :- Sila login ke Sistem SEMAKT1 dihttp://jpnterengganu.moe.gov.my/apps/semakt1
Langkah 2 :- Semak paparan sama ada ada MESEJ status pengesahan dipaparkan atau tidak dipaparkan seperti gambar di bawah.
Langkah 3 :- Jika TIADA mesej dipaparkan, sila klik YA untuk TERIMA tawaran atau sebaliknya jika ingin MENOLAK.
Langkah 4 :- Sila buat pilihan sama ada hendak Cetak semula atau Keluar sistem.
Langkah 5 :- Sila login semula untuk membuat semakan sama ada sistem rekod pengesahan atau tidak rekod.
Calon yang telah MENOLAK tawaran tidak perlu mengambil tindakan, tetapi digalakkan untuk membuat semakan semula kerana mesej penolakan akan dipaparkan selepas login.
Calon-calon yang mendapat tawaran tetapi BELUM pernah membuat sebarang semakan dan pengesahan sehingga tarikh tutup ini dianggap telah menolak tawaran tersebut dan tempatnya akan diisi dengan calon yang lain bagi Ambilan Kedua. Pengesahan ini amat penting untuk mempercepatkan proses penawaran Ambilan Kedua kepada calon yang membuat rayuan.
Sila klik pada pautan di bawah untuk semakan :-
Pautan SEMAKT1 (Bagi Calon/Penjaga) :-http://jpnterengganu.moe.gov.my/apps/semakt1
Sebarang pertanyaan kepada Urusetia, sila hubungi :-
*Sekolah ELIT , Sekolah Premier dan Kelas Premier*
- Puan Siti Rohaya binti Mohd Nor di talian 09-6213128
- Puan Nazeelah binti Othman di talian 09-6213239
*SMKA*
- Puan Azizah Ibrahim di talian 09-6213365
Sebarang cadangan dan komen kepada sistem ini, sila email ke faisal.jusoh@moe.gov.my .
Sekian, harap maklum dan terima kasih kerana membuat hebahan perkongsian ini.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...