Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Wednesday, March 23, 2016

Semak Keputusan Peperiksaan Online

SAPS Ibubapa. Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan ujian dan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, dan percubaan UPSR, PMR/PT3 & SPM) anak-anak secara online. Semakan boleh dibuat melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)NKRA. Sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar.
SAPS hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.
Untuk memastikan keputusan peperiksaan telah dikemaskini semasa semakan dibuat, pastikan semakan dibuat setelah markah selesai diisi.


Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Secara Online

Sila ikuti langkah-langkah berikut:
  1. Klik pautan berikut untuk ke menu utama laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa:


    2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
3. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahunpeperiksaan.
4. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah:


5. Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR/PT3, SPM dan sebagainya.

6.Kemudian klik butang Papar Slip Keputusan untuk menyemak keputusan terperinci ujian/peperiksaan yang dipilih seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas/darjah/tingkatan, peratusan dan sebagainya.
Klik
 Papar Markah Peperiksaan untuk menyemak analisa keputusan bagi semua ujian dan peperiksaan bagi tahun yang dipilih.
Semoga perkhidmatan online SAPS Ibu Bapa ini dapat membantu ibubapa dalam memantau prestasi akademik anak masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...