Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Monday, March 28, 2016

Keahlian BAKEP untuk Guru-guru & Kakitangan SKSB

Perhatian !!
Kepada semua Guru - Guru dan kakitangan  yang berminat untuk menyertai BAKEP boleh lah datang ke pejabat SKSB dan mengambil borang dengan PT, Puan Nor Akmal bt Mamat.

SUMBANGAN KEBAJIKAN BAKEP

Kadar baru bagi Sumbangan Khairat Kematian / kebajikan bagi mana-mana ahli BAKEP yang meninggal dunia ialah RM6,000.00 (Ringgit Malaysia Enam Ribu Sahaja) berkuatkuasa mulai 26 Februari 2012.

Sumbangan kebajikan (urusan tahlil / lain-lain keperluan) kepada mana-mana ahli BAKEP yang meninggal dunia berjumlah RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) berkuatkuasa mulai 16 Februari 2011.

Sumbangan kebajikan sekali dalam seumur hidup kepada mana-mana ahli yang kehilangan harta benda disebabkan kebakaran dan bencana alam. Jumlah sumbangan tidak melebihi RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) berkuatkuasa mulai 16 Februari 2011.
Kadar sumbangan akan diputuskan oleh Jawatankuasa BAKEP. Sumbangan kebajikan sekali dalam seumur hidup kepada mana-mana ahli BAKEP yang mendapat rawatan di wad hospital kecuali mendapat rawatan di hospital kerana berkhatan / bersalin.

Sumbangan kebajikan untuk hari pertama berada di wad hospital ialah RM100.00, manakala hari kedua dan seterusnya mendapat rawatan di wad hospital ialah RM50.00. Jumlah sumbangan kebajikan tidak melebihi RM500.00 berkuatkuasa mulai 16 Februari 2011.

Sumbangan Khairat Kematian / kebajikan sekali dalam seumur hidup kepada suami / isteri ahli yang meninggal dunia ialah RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) berkuatkuasa mulai 16 Februari 2011.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...