Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Thursday, August 13, 2015

Program Temu Murni Tahun 6 SKSB

Pada 16 Ogos 2015, Majlis Temu Murni telah diadakan bagi murid tahun 6. Pendaftaran ibu bapa telah bermula seawal jam 11.30 pagi. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan seperti tahun - tahun sebelumnya. 


      Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk  mengagihkan jadual kelas tambahan dan memberi penerangan berkenaan dengan program UPSR yang akan diadakan sepanjang tahun 2015. Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara guru dan ibubapa,penjaga tahun 6. Program ini diharap dapat meningkatkan potensi murid dan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dan sekolah.  Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab diantara guru dan para ibubapa, penjaga.

       Komitmen yang diberikan oleh ibu bapa amatlah dihargai. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri program temu murni ini. Semoga para murid SK Seri Budiman terus berjaya dan mengorak langkah mencipta kejayaan. 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...