Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Monday, March 2, 2015

Program Latihan Keselamatan, Kebakaran & Pertolongan Cemas

Pada 3 Mac 2015, SK Seri Budiman telah menjemput wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memberi taklimat dan sesi latihan kecemasan semasa kebakaran kepada semua guru, kakitangan dan murid- murid. Progam ini telah diadakan di padang sekolah. Wakil bomba dan penyelamat memberikan tunjuk ajar tentang latihan kebakaran tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah cara-cara mengendalikan alat pemadam kebakaran, taklimat mengenai kaedah untuk mengelakkan kebakaran di sekolah dan juga mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan kebakaran berlaku. Latihan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada semua guru, kakitangan dan murid-murid  tentang kepentingan mengelakkan kebakaran daripada berlaku dan cara pencegahannya.




















 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...