Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Wednesday, January 7, 2015

Selamat Kembali Ke Sekolah Pada 11 Januari 2015

8 Januari  2015 – Daripada Guru Besar SK Seri Budiman mengucapkan salam sejahtera, salam 1Malaysia dan selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SK Seri Budiman.
Setelah bercuti sekolah, kita seharusnya merasai syabas dan tahniah kepada diri sendiri kerana dapat mengisi ruang cuti persekolahan dengan aktiviti-aktiviti bermakna. Tidaklah terlalu awal saya mengucapkan “Selamat Kembali Ke Sekolah” kepada semua murid, pelajar, guru, anggota kumpulan pelaksana dan warga sekolah. Adalah diharapkan semua pelajar akan lebih bersemangat dan dapat memberi tumpuan sepenuh terhadap pelajaran, terutamanya semasa berada di dalam kelas ketika guru mengajar pada sesi persekolahan tahun 2015. Para guru dan warga sekolah juga diharap bersemangat untuk lebih menunaikan kesempurnaan kerja dan tugas masing-masing.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...