Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Sunday, January 25, 2015

Pakaian Seragam Unit Beruniform

Berikut merupakan cara-cara pemakaian pakaian seragam bagi setiap unit beruniform yang terdapat di SK Seri Budiman sebagai rujukan untuk guru-guru, ibu bapa/penjaga dan murid-murid pada setiap hari Selasa.








Thursday, January 22, 2015

Majlis Penutup Transisi Tahun 1 2015

Pada tanggal 22 Januari 2014 bertempat di kelas Tahun 1 Unit HEM dengan kerjasama guru-guru Tahun 1 telah berjaya mengadakan Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1. Majlis Ini antara lainnya untuk mengedarkan buku teks kepada murid menandakan proses pembelajaran sebenar akan bermula. Murid-murid juga diingatkan agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak dan menyertai sebarang bentuk aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.








                                 

                                 






Wednesday, January 21, 2015

Bantuan Khas Awal Persekolahan Pada Tahun 2015


Dasar kerajaan yang prihatin iaitu bantuan awal persekolahan RM100 diberi kepada setiap murid yangg bersekolah di negara ini. Pada hari Rabu bersamaaan 20 Januari 2015, satu majlis ringkas di Dewan SKSB telah dilaksanakan bagi mencapai matlamat murni tersebut. Setiap ibubapa / penjaga yang hadir dimestikan membawa IC bagi tujuan rujukan. Kegembiraan terpancar di setiap wajah ibubapa dan diharapkan dengan bantuan tersebut dapat meringankan beban dalam menyediakan kelengkapan dan keperluan persekolahan anak mereka.Majlis ini telag dirasmikan oleh


Kepada murid-murid SKSB, semoga kamu terus berjaya dan cemerlang di sekolah ini dan jangan hampakan harapan ibubapa kamu !!! ALL THE BEST !!










Sunday, January 18, 2015

Sambutan Maulidur Rasul Tahun 2015

Tema Sambutan Maulidur Rasul 2015 - 1436H. Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1436H atau tahun Masehi 2015 jatuh pada 3 Januari 2015.

Tema sambutan Maulidur Rasul 2015 adalah “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”

Pada 15 Januari 2015, sambutan maulidur rasul telah dijalankan di SKSB dengan penuh meriah. 













Sunday, January 11, 2015

PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2015

Perhimpunan rasmi yang julung kali bagi tahun 2015 telah berjalan dengan lancar
bersama-sama dengan Guru Besar baru kami Pn Nor Asikin Binti Abdullah. 
Perhimpunan yang diadakan pada hari pertama persekolahan
11 Januari 2015 pada jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Budiman ini mendapat
sambutan yang menggalakkan dari murid-murid. 

Semoga SKSB terus menempa nama ke persada pada tahun ini

Wednesday, January 7, 2015

Selamat Kembali Ke Sekolah Pada 11 Januari 2015

8 Januari  2015 – Daripada Guru Besar SK Seri Budiman mengucapkan salam sejahtera, salam 1Malaysia dan selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SK Seri Budiman.
Setelah bercuti sekolah, kita seharusnya merasai syabas dan tahniah kepada diri sendiri kerana dapat mengisi ruang cuti persekolahan dengan aktiviti-aktiviti bermakna. Tidaklah terlalu awal saya mengucapkan “Selamat Kembali Ke Sekolah” kepada semua murid, pelajar, guru, anggota kumpulan pelaksana dan warga sekolah. Adalah diharapkan semua pelajar akan lebih bersemangat dan dapat memberi tumpuan sepenuh terhadap pelajaran, terutamanya semasa berada di dalam kelas ketika guru mengajar pada sesi persekolahan tahun 2015. Para guru dan warga sekolah juga diharap bersemangat untuk lebih menunaikan kesempurnaan kerja dan tugas masing-masing.




Thursday, January 1, 2015

Puisi Permulaan

PERMULAAN

Bila satu cerita hayat tamat
kelir peristiwa diturunkan
sendu sukaduka tersangkut
di rongkong penonton
pengalaman dan kenangan
disimpan di kocek sejarah
permulaan khazanah


Cerita baru bakal bermula
kelir catatan dinaikkan
tepuk sorai penonton bergema
di dada harap berombak
moga episod cerita baru
lebih baik dan bermutu
permulaan yang ditunggu
yang menentu halatuju


Begitulah kehidupan
yang lama dan yang baru
adalah permulaan sesuatu.


Lara MN
Kuala Terengganu
01012015

credit to http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...