Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Saturday, August 7, 2010

Peserta SKSB dalam Pertandingan Blog Terengganu


Seramai 10 murid SK Seri Budiman telah menyertai Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu. Semua peserta ini telah didaftarkan dan perlu menyiapkan satu blog tentang pelancongan negeri Terengganu.

Objektif utama penyertaan ialah memberi pengetahuan tentang penyediaan blog serta memberi pengalaman dalam membuat penyelidikan dan kajian tentang pelancongan negeri Terengganu.
Semua peserta perlu mematuhi syarat wajib iaitu :

  • mesti meletakkkan logo rasmi blog pelancongan dalam blog anda
  • mesti meletakkan bendera negeri Terengganu dalam blog anda
  • perlu menyediakan sekurang-kurangnya 75 berita atau artikel bermula 31 April 2010 sehingga 31 September 2010.  Berita atau artikel tersebut adalah berkaitan dengan pelancongan Terengganu ( rencana atau apa yang dialami sendiri seperti bercuti di sesuatu tempat di Terengganu )
Berita yang di letakkkan dalam blog mestilah asli dan jika diambil dari mana-mana sumber, perlu menyatakan sumber rujukannya. ( contoh : sumber berita dari Tourism Terengganu : http://www.tourism.terengganu.gov.my/ )

Untuk maklumat lanjut sila klik disini:



Senarai Peserta yang berjaya mendaftar.


Sarah Nadhirah
Aisha Mawaddah

Muhamad Abi Haikal

Saiful Daniel Salleh

Mursyid Hassan

Nurul Khadijah

Muhamad Syafiq

Dzul Faidil Hakimi

Abdullah Fathi

-Selamat Maju Jaya -




 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...