Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Thursday, August 26, 2010

Program Cakna UPSR Bersama Pegawai JPNT


Program Cakna UPSR Sekolah Bersama Pegawai JPNT telah diadakan bermula 26 Ogos 2010 di Surau SK Seri Budiman pada pukul 7.45 pagi. Puan Atikah Jusoh - KPP Sektor ICT telah hadir sebagai selaku wakil Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Objektif program ini adalah untuk memberi motivasi rangsangan serta tips bagi persediaan akhir dari sudut kejiwaan dan sahsiah kepada semua pelajar UPSR sekolah ini.

Puan Atikah Jusoh juga telah berbesar hati menyampaikan sumbangan peribadi berupa kismis doa kepada semua murid tahun 6 dan surah Yasin kepada semua guru SKSB. Melalui ucapan Tuan Guru  Besar, beliau sangat berbesar hati menerima kedatangan pegawai JPNT yang cakna dengan program serta usaha pihak sekolah dalam melonjakkkan prestasi UPSR 2010. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu khususnya Puan Atikah Jusoh atas keprihatinan kepada usaha kecemerlangan Akedemik pelajar sekolah ini.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...