Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Sunday, December 22, 2013

Kata Aluan GB




KATA – KATA ALUAN PUAN GURU BESAR
                                                               






Assalamualaikum w.b.t 
Segala pujian bagi Allah Tuhan Sekelian Alam tempat kita memohon pertolongan, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad saw.


Pertamanya saya merakamkan  ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh warga
SK Seri Budiman atas kecemerlangan UPSR 2015. Setelah menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan akhirnya Allah swt memakbulkan hajat kita untuk meningkatkan prestasi sekolah ini.
Terima kasih juga di ucapkan kepada PIBG SK Seri Budiman di bawah pimpinan Yang Berusaha En. Noor Fadzil b. Mohamed Nor yang turut cakna dan prihatin akan perkembangan pendidikan anak- anak sekolah ini selari dengan anjakan ke-9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM).

Saya yakin dan percaya dengan kerjasama dan peranan yang dimainkan oleh para guru, staf, PIBG, Ibubapa/Penjaga serta penglibatan komuniti setempat dan sektor swasta diiringi pula sokongan dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(JPNT) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu (PPDKT), In Shaa Allah SK Seri Budiman dapat melahirkan anak- anak yang cemerlang di dunia dan sejahtera di akhirat sesuai dengan moto sekolah “Demi Dwijaya”. Sesungguhnya kejayaan itu adalah milik kita bersama.
‘Kita sebuah keluarga’, susah senang kita tetap bersama.

Sekian, terima kasih.
‘Memperkasakan Transformasi Pendidikan’
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,



(NOR ASIKIN BT ABDULLAH)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...