Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu (1) 2019/ 2020
Maklumat mengenai permohonan kemasukan ke prasekolah KPM bagi tahun 2019 adalah seperti berikut:
Permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020
Maklumat mengenai permohonan kemasukan Tahun 1 ambilan 2019/ 2020 adalah seperti berikut:
Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM – hanya untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan adalah secara manual melalui sekolah.
Dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018
Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
Kemasukan Tahun 2019 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.
Kemasukan Tahun 2020 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.